"Saya nak jadi cloud engineer, TAPI TAK TAHU NAK start DARI MANA.."

Itulah persoalan yang saya selalu terima bila sebut pasal cloud.

Saya bermula dari bawah, dari IT support. Kemudian upgrade kerjaya sikit demi sikit, sampai jadi Cloud Engineer, kemudian DevOps Engineer. Alhamdulillah, untuk rezeki yang Tuhan berikan.

Sepanjang perjalanan tu, banyak juga ilmu dan kemahiran yang saya sempat kutip. Antaranya ilmu networking, Linux, Windows Server, Monitoring, Backup & Restore, Automation dan sebagainya.

Tapikan, sepanjang kerjaya saya, antara benda yang saya rasa tak menyesal belajar adalah tentang Cloud atau pengkomputeran awan. Cloud sangat penting untuk kelangsungan kerjaya IT sekarang dan masa akan datang.

Apatah lagi baru-baru ini beberapa syarikat perkomputeran gergasi melabur kepada Malaysia untuk penyediaan infrastruktur pengkomputeran awan.

  • Google melabur 2 bilion USD kepada Malaysia
  • Microsoft melabur 2.2 bilion USD kepada Malaysia
  • AWS melabur 6.2 bilion USD kepada Malaysia


Nampak tak peluang perkerjaan berkaitan dengan cloud tu akan jadi macam mana? Banyak tak banyak?

Tahukah anda..

  • Berdasarkan Blomberg Intelligence Report,  industri cloud dijangka bernilai $1.6 trillion menjelang 2030
  • Syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti TNB, Petronas, Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, AirAsia pun gunakan cloud.
  • Lebih daripada 90% syarikat Fortune 100 dan kebanyakan syarikat Fortune 500 bergantung pada AWS
  • Gaji permulaan Cloud Engineer RM3,500-RM5,000

Kenapa perlu belajar Cloud?

  • Peluang kerjaya yang luas – dari startup ke MNC
  • Permintaan tinggi untuk Cloud/DevOps Engineer
  • Kemahiran yang dicari oleh syarikat-syarikat gergasi
  • Prospek gaji yang menarik
  • Foundation untuk teknologi masa depan

Oh ya, sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri terlebih dahulu..

Tenaga Pengajar Syafiyullah

Assalamualaikum dan salam perkenalan!

Nama saya Syafiyullah Yahya, boleh panggil saya Syafi, pengasas INFRAMESIA. Pernah berkhidmat di syarikat lokal dan juga global dalam industri gaming, CPaaS dan juga syarikat berkaitan industri kewangan.

Saya merupakan MBOT Professional Technologist dan juga HRD Corp TTT Certified Trainer. Saya telah menjalankan beberapa kurus latihan termasuk server, AWS, Linux, DevOps, Networking dan pelbagai lagi.

Alhamdulillah, saya telah membantu ratusan peserta dalam bidang IT untuk tambah ilmu dan kemahiran supaya mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Saya paling gembira apabila mendapat berita dari orang yang saya pernah beri tunjuk ajar, dapat pekerjaan baru! Alhamdulillah.

Img 3260

Semua kursus yang saya pernah jalankan adalah berdasarkan ilmu yang saya pelajari dan juga kemahiran yang saya kumpul sepanjang kerjaya saya dari IT support sehingga ke DevOps Engineer. 

Namun, dalam proses saya tambah ilmu dan kemahiran, banyak kali juga “terhantuk dinding”. Banyak belajar dan explore sendiri berbanding pergi kelas. Banyak terbuat silap, terdelete server, terkena godam, dan banyak ter.. ter.. yang lain.

Jadi kalau boleh, saya tak mahu orang lain mengulangi kesilapan yang sama. Caranya adalah dengan belajar dari pengalaman orang lain. 

Peluang untuk anda 'upgrade' skill anda dengan kemahiran Cloud Computing!

Jadi saya nak ambil peluang ini untuk mengajak anda untuk menyertai Kursus Asas Pengkomputeran Awan – AWS yang akan diadakan seperti berikut : 

Kursus Asas Pengkomputeran Awan Aws

Apa kata mereka yang pernah hadir kursus saya sebelum ini?

Screenshot At Nov 07 14 29 35
Screenshot At Nov 07 14 29 58
Screenshot At Nov 07 14 30 21
Screenshot At Nov 07 14 30 10
Screenshot At Nov 07 14 32 39
Screenshot At Nov 07 14 32 49
Screenshot At Nov 07 14 33 05
Screenshot At Nov 07 14 33 16
Screenshot At Nov 07 14 33 24
Screenshot At Nov 07 14 33 33
Screenshot At Nov 07 14 33 42
Screenshot At Nov 07 14 33 53

Perhatian, kursus ini tidak sesuai untuk anda jika..

  • Anda sudah mahir dengan AWS & cloud computing
  • Mencari kursus persediaan AWS Certification
  • Mengharapkan gaji tinggi dalam masa yang singkat
  • Tidak bersedia untuk belajar dari asas
  • Tidak boleh komited untuk kelas penuh (9.00-5.30)
  • Mencari “quick fix” atau jalan pintas

Tapi kursus ini khas untuk anda yang..

  • Baru dalam bidang Cloud & AWS
  • Serius upgrade skill untuk kerjaya IT
  • Mahu belajar asas AWS
  • Bersedia belajar dari zero
  • Komited mengikuti pembelajaran
  • Tahu mengendalikan komputer dan internet

Apa yang anda akan dapat?

Dengan mendaftar kursus ini, anda akan mendapat akses kepada perkara berikut :

  1. Kursus secara live yang mengandungi teori dan praktikal dari 9.00 am sehingga 5.30PM.
  2. Rakaman sepanjang kursus untuk anda ulangkaji atau terlepas mana-mana sesi.
  3. Sijil yang mengesahkan anda telah mengikuti kursus ini.
  4. Ebook Roadmap Kerjaya – Dari IT Support ke DevOps Engineer
  5. Akses kepada Komuniti Inframesia!

 

Quality

JAMINAN 100% WANG DIKEMBALIKAN

Berbaloi pergi kelas ni? Jangan bimbang, wang anda akan dikembalikan 100% sekiranya:

  • Anda tidak berpuas hati dengan kualiti kursus
  • Kandungan tidak seperti dijanjikan
  • Dimaklumkan dalam masa 24 jam selepas kursus

Daftar segera sebelum penuh!

Untuk batch yang lepas, lebih 60 orang peserta telah menyertai kursus ini. Ramai yang request nak join tapi saya terpaksa tutup pendaftaran.

Kemudian, bila saya buka pra-pendaftaran, dah 70 lebih yang dah daftar!

Jadi untuk batch kali ni saya nak buka kepada 100 orang peserta sahaja. Cukup 100 orang peserta, saya mohon maaf kerana terpaksa tutup borang pendaftaran, takut nanti tak terkawal. 

Yang paling awal daftar akan dapat harga istimewa.

Bila lagi kursus ini akan diadakan? 

Saya pun tak pasti lagi. Jadi jika anda betul-betul bersungguh nak mulakan kerjaya dalam bidang Cloud, daftar sekarang menggunakan borang dibawah.

Panduan untuk mendaftar

  1. Isi borang pendaftaran dibawah dan teruskan dengan pembayaran.
  2. Anda akan menerima 2 email. Pertama, email pengesahan pembayaran dan kedua email pengesahan pendaftaran.
  3. Dalam email tersebut, anda akan diberikan link untuk anda sertai Whatsapp group Kursus Asas AWS – 8/12/2024.
  4. Pastikan anda sertai group Whatsapp tersebut.
  5. Link Microsoft Teams dan panduan untuk cipta akaun AWS akan diberikan dalam group tersebut sebelum kelas bermula. 
Arrows 3 Pointing Down Arrow Down Pink

PERHATIAN:

Selepas anda mendaftar dan membuat pembayaran secara online, anda akan menerima email yang mengandungi link untuk sertai group Whatsapp.

Dalam group tersebut, anda akan dibekalkan dengan panduan mendaftar akaun AWS dan juga link untuk sertai kursus online. 

Sila pastikan anda semak email anda samada dalam inbox, Junk atau Spam. 

Logo Hrdcorp
Hrd Corp Claimable Logo

Jom tambah kemahiran anda dalam bidang IT!

Daftar kursus sekarang dan upgrade kerjaya anda!

About Inframesia

Pelajari infrastruktur IT dengan sumber yang direka untuk memudahkan pemahaman anda. Setiap artikel dilengkapi dengan infografik yang jelas.

Courses

Contact